Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar    sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu    memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan    yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata    memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia    tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari    dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di    dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat  kulit   badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah  berhampiran   dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan  yang  menggilainya  walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya  semua  baik,tunduk  dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari  tempat  itu,mula lah  mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang   Naim.Bukan sahaja  pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga   pelajar-pelajar perempuan  yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang   meminatinya cuma tidak  disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling   mereka takuti,takut cinta  mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali   mengingatkan  pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang  tidak  dapat dilihat  dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi  tazkirah.
Namun,hatta   nabi Sulaiman yang menjadi raja  dunia itupun diuji Allah,inikan pula   seorang pelajar sekolah agama  yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa   arabnya masih  merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang   pelajar perempuan  yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun   Nisa.Orangnya  putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim   di sebelah  kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam    mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa    dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih    tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.
Tidak    sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari    diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada    Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya    mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun    selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum    kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti   saat,hari  berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang   AJK surau  sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan   pelajar-pelajar  yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya   di  surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar   suara  wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang   memisahkan  lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan   hamba Allah  itu tapi iman masih tebal menyelaput hati   nafsunya.Ditakdirkan  Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau   perempuan,maka  tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar  selama  ini ialah suara  Nisa.
Sedang dia sedang  bersendirian  berdoa selepas solat sunat  Dhuha,dia terdengar satu suara  perempuan  meminta tolong dari balik  tabir.Suara perempuan itu  sayup-sayup.
“Ish..Nak  tolong ke  tak..Kalo aku masok  belah pompuan,bukanke khalwat..ye  la,mane ade  orang…aku dan die  je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal  ni,biar ustaz  tolong..”Imannya  bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo    aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong   segera  kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.
Tabir    biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari    Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di    hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah  makhluk   durjana yang bernama syaitan mula mengambil  peranan.Disuntiknya   bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim  tidak terasa melakukan   dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu    almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah  bak   biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih  kuat   menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa   berfikir  panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat   keadaan jari  Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun   daripada  surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah,apa aku   telah buat ni…Aku  bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah   aku..”Dia berdoa,menangis  menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya   sebentar tadi.
Habis  sahaja air matanya kering,hatinya   diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan  soalan agama tetapi soal maruah   dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa  menceritakan hal tadi kepada   kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu  bocor kepada   junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan  dilucutkan dari   segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan  dicemuh dan   dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu  ketiadaan   ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.
Lamunannya  tersentak   apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke  surau.Peluh-peluh  resah  dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih  di dalam  bahagian  surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya.   Ya,menipu.Menipu  adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya   sekarang.Lagipun dia cam  suara itu,itu suara Khairul,teman   sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa  menipu teman sebilik yang akrab   dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan    yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada    perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba    dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil   menangis.Hanya  air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit   cengkung.Khairul  terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim   menangis tetapi  Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian   sendiri,pada pendapatnya  mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas   perasaan cemburu mula  menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang   beriman,pantang melihat orang  lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti   dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya    selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari    mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi    perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas    tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh    akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari    masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya,bukan    Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada    kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika   cerita  itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi   kepalanya  sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas   menyebabkan  matanya tidak berkelip memandang Naim dari   belakang.Baginya,alangkah  bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim.   Kesopanan dan kebaikan  yang ditunjukkan oleh Naim sebentar   tadi,betul-betul memikat hati suci  si gadis ini.Begitulah nasib si Abid   tanpa Ilmu.Pantang ditiup  angin,pasti dia rebah.
Tangan   mula mengambil peranan,diambilnya  pen merah jambu kesukaannya dan   diambil sehelai kertas memo yang berada  di dalam laci mejanya.Sepucuk   surat ditulis sebagai tanda terima kasih  buat si jejaka budiman. Surat   sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air  laici yang berharga 80sen   dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang  choki-choki,juga sebagai   hadiah.
Seperti kebiasaannya,Naim datang  ke kelas seawal   mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan  di dewan   makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa  itu emas   dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak  pelajaran   tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya  ini   menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah  kaki   ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk    kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan    sebatang choki-choki.

Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’
Sambil    menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak    plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan    dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya    ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir    alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa    tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di    hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi    kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus   menggunanya  atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka   bermulalah  kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:
Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim
Diselitnya    surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang    membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada    awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama    yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya,    “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening   juga  Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan   jawapan,  “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali.   Kita  Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana   Allah.Kita niat  untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu    Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat   dengan  tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata   pun.Lagipun  cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa   fitrah  manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun    Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya    dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim    dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan   cara  penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas,   “Nisa’,bukankah  Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang   baik dan lelaki  yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti   baik dan ana pun  yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata   isteri yang baik  untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan   lelaki bermakna  belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”
Terdiam   Nisa’  membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah  tetapi  bimbang  dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah   hatinya  mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin   yakin dengan  ‘fatwa-fatwa’ itu.
Siqah bukanlah kerja   manusia.Pengaruh bukanlah  kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh   dibeli dengan mata wang,  kesetian tidak boleh diperdangkan dengan   kemewahan.Semuanya hak mutlak  Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati   manusia.Jika Dia menghendaki  seseorang itu mulia,maka mulialah orang   itu walaupun pada awalnya dia  hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia   menghendaki seseorang itu  hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya   sendiri.Semuanya bukan  dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang   telah ditetapkan oleh Nya  yang diberi nama Sunnatullah.
Kepercayaan   manusia terhadap  seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri   dengan Tuhannya.  Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid   pabila dia  menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang   ditetapkan Ilahi.
Makin  hari,pengaruh Naim semakin   jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya  semakin bosan   dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang  punya.Hidup Naim   juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika  mandi di   kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin  kurang,mungkin   terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya  kian   jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya  yang   kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin   bertambah.Tiada  lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada   lagi senyuman  tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang   yang mampu diberi  pabila adik-adik datang meminta nasihat.
Jika   dulu dia mampu  mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan   bulanan  dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak   dapat  mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk   dia  belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia    berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia    diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.
Khairul   merasa  hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya  itu.Kadang-kadang   tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan  kadang-kadang seperti   bercakap seorang diri.Naim seakan-akan  gila.Betul Naim gila,gila   bayang.Panahan syaitan benar-benar telah  menusuk ke dalam   hatinya,membuat satu lohong iman di dalam  hatinya.Khairul cuba bertanya   mengapa dia seakan-akan berubah tapi  dimarahnya Khairul, “kubur   lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun  lain-lain!”
“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul    terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan    kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar    tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk    mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika    beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik  Naim,   dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan  Islam   atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya  kepada Ustaz   Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya    bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah    berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang    Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam    Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai    Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus    pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan    bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada    sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki    yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan    matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke    tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul    ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang    dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di    hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika    membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada  ‘ana’,   ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I  luv  U’.
Khairul  tidak salah lagi,surat itu kepunyaan   Naim.Tertera nama Naim di atas  belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’.   Dalam tidak sedar,Khairul  menangis.Dia betul-betul sedih membaca   surat-surat itu,bukan kerana Nisa  yang dalam pemerhatiannya juga   dirampas orang tetapi sedih bagi pihak  Naim.Terngia-ngia di telinganya   bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang  selalu dibaca oleh Naim ketika   menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud  ayat-ayat tersebut yang secara   ringkasnya membari maksud melarang orang  beriman daripada memberi   nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan,  Khairul terus menangis.
Dari   luar surau,kelihatan Naim yang baru  sahaja sampai di surau.Tanpa   berfikir tentang benda lain,Naim terus  memandang ke arah tempat   penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat  dia apabila mendapati   Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya  itu dan tanpa berfikir   panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi  dia melanggar prinsip   yang diajar kepada orang-orang lain supaya  menghormati rumah   Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa  dia pernah   melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah  Allah,katanya   bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas  perut ibu   sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana    pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai   kawan?Mana  pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil   mengesat air  mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah   masalah  mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai   kawan.Bagiku  engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang   memancarkan sinar Islam  ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau   mutiara yang kian  sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku    couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung    sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan    aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah    siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul berlalu dari   tempat itu  dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana   menemukan dia  dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia   akur dengan  qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka   bekelahi sebentar  tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3   pasang telinga  yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar   junior perempuan  baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha   mendengar setiap butir  perkataan yang keluar daripada mulut mereka   berdua.
Malang si  Naim.3 orang pelajar itu bukanlah   pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan  berita Naim berpacaran ke setiap   juzuk sekolah sehingga para cikgu pun  tahu mengenainya.Ke mana sahaja   Naim pergi,pasti ada mata-mata yang  memandangnya dengan hujung-hujung   mata dan sebaik sahaja Naim  pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa   mengumpat.Bertambah malang  bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua  orang  telah tahu dia  berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh  semua  pelajar kini  dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang  mendengarnya  kecuali kekasih  hatinya,Nisa.
Khairul,si  sahabat setia  ini tidak senang mendengar  orang mengumpat sahabat  sejatinya. Akhirnya  dia berkeputusan untuk  menyampaikan sendiri kepada  Naim bahawa semua  orang sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!!    Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki  ngan   aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak  jatuhkan   aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang  sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh    Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina    hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa    ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh    aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang  engkau   kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada  engkau   Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas  Khairul   dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik  dengan menarik   tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan  dan  kesunyian  malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik  khas,bilik  Naim dan  Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi  keistimewaan  untuk  tinggal di bilik dan orang lain di  dorm,memandangkan mereka ialah  ketua  dan penolong ketua pelajar di  sekolah itu.Pelajar-pelajar senior  yang  mendengarnya keluar dengan  berlari,hati mereka ingin benar  mengetahui  apa yang berlaku namun  kelihatan hanya Khairul sedang  berjalan menuju ke  tandas.Berbeza pula  dengan pelajar junior,mereka  dengan lajunya menutup  lampu dan  berpura-pura tidur,bimbang nama mereka  dipanggil untuk  dijadikan  ‘lauk’ para senior malam itu.
Kata-kata  Khairul   benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat  seketika.   Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar  yang dia   dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak  Siqahnya   akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus  begini,tiada  lagi  ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali  Naim’.Tiada lagi   kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan  yang akan   menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya  lakonan.Buah   di luar, duri di dalam.
Dikuatkan  hati,diringankan  tangan untuk  menulis surat terakhir buat kekasih  hatinya. Tapi  ternyata dia  gagal.Semalaman dia tidak lena,pening  memikirkan jalan  penyelesaian yang  pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia  tertidur di  dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.
Awan    hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang    diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang    bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya  tunduk   terdiam.
Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal  dalam   berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam  itu   bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu    sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia  mengakui   bahawa dia sedang bercinta.
Marah Cikgu Marlina  tadi bukan  sahaja  menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya,  Nisa.Nisa   tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia  telah menarik   Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda  terima kasih itu   merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar    segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan    alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan    syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata    kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara yang   terbaik untuk  Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda   perpisahan, surat yang  akan meniupkan kembali segala kebaikan dan   menutup segala  keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan   yang tinggi  terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu  kesayangannya  dan mula  menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam    kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya    dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak    mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan    cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan    maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain    tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan   kata-kata  sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi   ayang baru  perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail   qaraba yakni  perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun   tidak boleh  dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa   atau apa-apa ajaran  tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini   tidak lain tidak  bukan,membersihkan najis dengan air kencing   sendiri.Najis tidak bersih  tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus   mengalir mengotori semua  tempat.
Sayang..Ayang percaya   pada jodoh.Jika kita dijodohkan  bersama,Insya Allah,kita akan   bersama.Tidak perlu bercouple atau  berkenalan,jika Allah nak kita   bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu  hak   Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa  tanpa   bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air    penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika    semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang    merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa
Tertitis    setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan    supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan    menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati    Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan    ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat    diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada    lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah    bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan    tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang    menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya    pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir  ini.Tengah   dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan  sampai.Cahaya yang   akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak  di permukaan   hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan    penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika   dia  menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang   lagi ke  atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat   disambung di  akhirat nanti.
 
 Kisah Budak Agama Bernama Naim
Kisah Budak Agama Bernama Naim 
